http://www.stormreaders.net/saifullah

Wednesday, 27 May 2015

Suziana Sabri



PESAN ATUK!
Oleh : Suziana Binti Sabri

Desiran pasir ombak menyapa pantai
Angin bertiup lembut meliukkan pohonan kelapa
terasa indah tak berpenhujung
Terasa nyaman bernaungkan langit yang tidak bertiang
Terasa aman duduk disini
Di bumi bertuah Malaysia tercinta

Atuk pernah berkata
Dahulu langit terasa kelam
Bagai malam berpanjangan siang tak kunjung tiba
Masakan tidak!
Di sana sini  musang berbulu ayam ada sahaja!
Tidak berperikemanusiaan penjajah itu hipokrit!
Itu! Kaki atuk yang bunting, merekalah angkaranya!

Tapi aku bangga atukku seorang pejuang
Bersama angkatannya yang tidak mengenall erti gentar
Demi kemerdekaan Negara yang ku rasai kini
Atuk mengusap perlahan kepalaku
Cucu, jadilah khalifah makmurkan dunia!

Lirik Lagu Mana Mungkin: Black


Mana mungkin ku terima
Bila kau menyintai yang lain
Mungkin engkau sukar menentukannya
Adakah diriku atau kekasihmu

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti semua

Mana mungkin aku ini
Meneruskan memendam kecewa
Usah kita teruskan percintaan
Kembalikan aku pada ketenangan

Tak usah kau mengerti
Tak perlu kau sedari
Kerana engkau tahu jawapan sebenar

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti semua

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti yang akan mengetahui semua